"Konvensyen K.I.K 2014" Kumpulan Inovatif & Kreatif Perpustakaan Peringkat Kebangsaan 2014
Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia
Tempat : Capthrone Hotel Penang http://www.penang-hotels.com/copthorne/
Tarikh : 24 -26 November 2014
24 Nov 2014 (Isnin) Bertolak ke Penang terus ke Copthorne Orchid Hotel Penang Tanjung Bungah Penang, Pendaftaran
25 Nov 2014 (Selasa) - Persembahan Kumpulan - Makan Malam
26 Nov 2014 (Rabu) - Sambung persembahan , Penutupan, Rumusan , Penutup dan Lawatan
Tarikh tutup penyertaaan : 31 Julai 2014
Tarikh Penghantaran Dokumen : 30 September 2014 dilanjutkan ke 15 Oktober 2014
Keterangan lanjut
Perpustakaan Awam Pulau Pinang,
JKR 2118 Jalan Perpustakaan
Seberang Jaya, 13700 Prai,
Pulau Pinang , Malaysia
Tel: +604-3902387 (kaunter) +604-3971058 (pejabat)
Fax: +604-3970226
https://ms-my.facebook.com/penanglib/posts/849957355019619
http://library.uitm.edu.my/inovasi/
Wednesday, 15 October 2014
Tuesday, 30 September 2014
Cabaran My Innovation 2014
Sekain ini kita mencuba nasib menyertai Cabaran My Innovation 2014 peringkat Petaling pula, dengan menghantar 2 penyertaaan
1. KeyLite Easy-Removal Lamp (KERL)
2. Digital Signage KeyLite (DSKL)
Tarikh lawatan tapak : 21 Oktober 2014 (Selasa)
(urusan persiapan tapak, dibuat pada 20 Oktober 2014 mulai jam 3 petang)
Tempat : Ruang Lobi Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya
sekira berjaya boleh kami meneruskan cabaran My Innovation peringkat seterusnya
Program Cabaran My Innovation merupakan rantaian kepada Program Jejak Inovasi ( Turun Padang ) yang menjelajah ke semua Sembilan ( 9 ) daerah di Negeri Selangor. Cabaran ini adalah berbentuk pertandingan yang berteraskan kreativiti dan inovasi yang dilaksanakan serentak dengan pelaksanaan program Jejak Inovasi ( Turun Padang ). Fokus program ini adalah kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ).
Cabaran My Innovation diwujudkan dengan objektif berikut:-
i. Mengumpul maklumat produk / hasil inovasi.
ii. Mempromosi dan menonjolkan produk / hasil inovasi oleh segenaplapisan masyarakat.
iii. Memberikan pengiktirafan kepada produk / hasil inovasi terbaik sebagai bentuk galakan kepada masyarakat di Negeri Selangor mengembangkan minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti.
iv. Mengembangkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan anggota masyarakat.
Cabaran My Innovation dibahagikan kepada enam ( 6 ) kategori berikut:-
i. Kategori Kumpulan Kecil
ii. Kategori Jabatan / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun
iii. Kategori Agensi / Syarikat Swasta
iv. Kategori Individu / Orang Perseorangan
v. Kategori Pelajar Sekolah
vi. Kategori Institut Pengajian Tinggi ( IPT )
Tema Pertandingan Cabaran My Innovation ialah “INOVASI….DUNIAKU”.
Tema ini dipilih bagi memberikan gambaran tentang kepentingan inovasi sebagai antara sebahagian daripada kehidupan masyarakat.
Penyertaan adalah dibuka kepada produk / hasil inovasi yang belum pernah memenangi mana-mana pertandingan berkaitan inovasi dalam tempoh 3 tahun terakhir ( 2011 - 2013 ). Bagi produk / hasil inovasi yang pernah memenangi pertandingan berkaitan inovasi sebelum tahun 2011 adalah dibenarkan untuk dicalonkan dengan syarat ia telah melalui proses-proses penambahbaikan dan pengubahsuaian dan ditunjukkan secara jelas semasa proses penilaian tapak kelak. Manakala bagi produk / hasil inovasi yang sekadar pernah menyertai pertandingan berkaitan inovasi tetapi tidak memenangi sebarang gelaran / anugerah adalah layak dicalonkan.
Penggunaan bahan-bahan kitar semula / terbuang adalah sangat digalakkan.
Friday, 6 December 2013
Anugerah Persembahan Terbaik (KIK) Peringkat UiTM 2013.
Konvensyen KIK UiTM telah menjadi acara tahunan bagi Universiti Teknologi MARA. Pada 2 hingga 5 Disember lepas UiTM Perak telah menjadi tuan rumah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM untuk kali ke 18 http://perak.uitm.edu.my/kikuitm18/
Sebanyak 23 kumpulan yang terdiri dari yang mewakili Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Di dalam konvensyen tersebut, satu-satunya kumpulan yang mewakili Perpustakaan Tun Abdul Razak (Kampus Induk) telah turut sama tersenarai untuk mewakili Shah Alam iaitu Kumpulan KeyLite. Setelah undian lakukan, Kumpulan KeyLite telah ditetapkan untuk menjadi pembentang yang ke 18.
Lokasi Pembentangan adalah di Dewan Al-Khawarizmi, Kampus UiTM Seri Iskandar, Perak. Kumpulan KeyLite telah membentangkan tajuk mereka iaitu ‘Penukaran Lampu di PTAR Berisiko Tinggi’. Sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut kumpulan telah berjaya merekacipta 3 alat iaitu Penukar Lampu Downlight, Penukar Lampu Kalimantang dan juga Penukar Starter Lampu. Ketiga-tiga alat ini dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin menukar lampu tanpa perlu menaiki atau memanjat tangga walaupun pada ketinggian 20 kaki.
Malam kemuncak Konvensyen KIK telah diadakan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak pada 4 Disember 2013 pada jam 8.00 malam. Dimalam tersebut keputusan telah diumumkan iaitu sebanyak 17 kumpulan mendapat Anugerah Emas manakala 6 lagi mendapat Anugerah Perak termasuk Kumpulan KeyLite.
Namun demikian, walaupun Kumpulan KeyLite telah diumumkan mendapat Anugerah Perak, satu berita baik telah diterima. Kumpulan KeyLite juga telah menerima Anugerah Persembahan Terbaik untuk Konvensyen KIK UiTM kali ke 18.
Kumpulan KeyLite ini dianggotai oleh Tuan Haji Azizi Jantan (Fasilitator), Encik Ahmad Nazri Jaafar, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Encik Abdul Hamid Mohd Salleh, Tuan Haji Rosli Mohamad dan Encik Umar Mohamad Zin. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.
Berikut foto sekitar Konvensyen tersebut
Tuesday, 1 October 2013
MINI KONVENSYEN KIK PERINGKAT ZON TENGAH UiTM 2013
Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah Universiti Teknologi MARA 2013 anjuran Pejabat Pengurusan Fasiliti akan diadakan pada:
Tarikh : 31 Oktober 2013 - 1 November 2013 (Khamis & Jumaat)
Tempat: Anjung Budiman, UiTM Shah Alam
1. Borang Penyertaan & Abstrak Projek :
Pengesahan penyertaan KUMPULAN KIK JABATAN hendaklah dikemukakan dibuat pada atau sebelum 04 Oktober 2013 (Jumaat). Penyertaan kumpulan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Penyertaan Konvensyen KIK beserta dengan pengesahan Ketua Jabatan. Hantar bersama abstrak Projek.
2. Dokumen Projek Kumpulan
Penghantaran dokumen projek iaitu dalam bentuk buku sebanyak empat salinan (04) hendaklah di buat pada 25 Oktober 2013 (Jumaat).
Jawatankuasa Pertandingan Dan Penghakiman
Mini Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah UiTM
Pejabat Pengurusan Fasiliti
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor
(u.p :Sr. Mohd Hanafi Moghni , Puan Norazizah Abdullah)
Tel : 03 5544 2115 , 03 5544 3419
Emel : hanafi564@salam.uitm.edu.my , norazizah680@salam.uitm.edu.my
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :-
Urusetia Pertandingan : Pn Norazizah Abdullah : ext:3419
Labels:
KIK,
Mini Konvensyen KIK,
uitm,
Zon Tengah UiTM
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Monday, 9 April 2012
Penubuhan Kumpulan KIK KeyLite
KeyLite dari Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam...
mempunyai 4 orang ahli... terdiri dari pelbagai
jabatan.
kelulusan penubuhan kumpulan pada 9 April tahun 2012
NAMA KUMPULAN (KIK): KeyLite
DITUBUHKAN: 09 April 2012
ORGANISASI: PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR)
OBJEKTIF KUMPULAN : Meningkatkan Keberkesanan Perkhidmatan Perpustakaan Disamping Memenuhi Kepuasan Pengguna
LOGO :
Kunci (Key) : Menggambarkan penyelesaian masalah yang terbaik yang perlu dicari untuk menyelesaikan masalah.
Matahari atau cahaya (lite) : Menggambarkan masa depan yang cerah atau lebih baik.
KeyLite ialah satu kumpulan yang sentiasa mencari penyelesaian untuk memperolehi masa depan yang cemerlang dang gemilang.
*WARNA/ COLOR
MERAH/RED
- Menigkatkan minat dan semangat
- Lebih bertenaga
- berkeyakinan untuk mengejar impian
KUNING/YELLOW
- Membuat keputusan dengan jelas.
- Ingatan dan penumpuan yang tajam
BIRU/BLUE
- Tenang dan bersahaja dalam menangani masalah atau rintangan
- Meluaskan perspektif dalam pembelajaran baharu
Subscribe to:
Posts (Atom)

























