Showing posts with label Konvensyen KIK. Show all posts
Showing posts with label Konvensyen KIK. Show all posts

Thursday, 29 September 2016

KeyLite Menerima Anugerah Fasiltator Terbaik - Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 Zon Tengah



Alhamdulilah kali ini Fasilitator KeyLite di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 Zon Tengah  

Terima kasih juga atas segala kerjasama dan daya usaha terutama tok Ketua Kumpulan KeyLite En Ahmad Nazri dab semua ahli serta sifu/tok guru2 dan para juri KIK kami yang secara tak langsung menjadikan saya Fasilitator Terbaik bagi Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 Zon Tengah kali ini. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan kita  semua KeyLite
 

Konvensyen KIK peringkat Zon Tengah 2016 telah diadakan pada 28 September 2016 (Rabu) yang lalu. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam. 

Sebanyak 8 kumpulan IK daripada seluruh UiTM Selangor (termasuk satu kumpulan daripada ILD, Perak) telah berentap pada konvensyen ini.

Foto dan Keputusan penuh boleh lihat di http://ahmadfaizar.blogspot.my/2016/09/keputusan-konvensyen-kik-peringkat-uitm.html


sumber KIK UiTM http://kikuitm.blogspot.my/2016/09/keputusan-konvensyen-kik-uitm-zon.html

Sunday, 14 August 2016

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH SELATAN 2016 DI JOHOR BAHRU


Alhamduliah setelah Kumpulan Kreatif dan Inovatif  (KIK) KeyLite setelah berjaya menerima Anugerah Emas , pada 5 April 2016 yang lalu bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka  maka kami dan beberapa kumpulan inovatif kreatif  Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM, termasuk KIK One Pro, KIK Shine akan bertolak esok ke Johor Baharu pula  untuk  mencuba nasib di Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2016  pada  15-16 Ogos 2016 bertempat di KSL Resort Johor Bahru, 

Aturcara Program seperti  berikut:







Sehubungan dengan itu kepada semua ahli kumpulan KIK yang terpilih iaitu KIK KEYLITE, ONE PRO dan SHINE diharap dapat memberi perhatian dan persembahan yang terbaik #kipidap #dongibap

http://keyliteuitm.blogspot.my/



Berikut Jadual Aturcara Persembahan mengikut Kumpulan dan Stream:






Wednesday, 6 April 2016

ANUGERAH EMAS BAGI KIK KEYLITE DI MINI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH SELATAN 2016 - MELAKA


Alhamdulilah Mini Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2016 yang telah pun berlangsung pada 5 April 2016 bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka dimana Kumpulan Kreatif dan Inovatif  (KIK) KeyLite  telah berjaya menerima Anugerah Emas. 

Kami  rasa bersyukur namun banyak juga penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi persembahan jika mereka ingin terus maju ke Kovensyen seterusnya. Semoga ahli2 KeyLite terus bersemangat hendaknya walaupun ada yang dah hendak pencen ..   

Foto sekitar Mini Konvensyen














Monday, 26 October 2015

FINALIS KONVENSYEN KIK PERINGKAT UiTM 2015



Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan KIK telah bersidang pada 26 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat InQKA. Berikut adalah nama-nama kumpulan yang telah berjaya disenarai pendek ke Peringkat UiTM di Adya Hotel, Langkawi pada 3 - 5 November 2015. Kriteria pemilihan adalah berdasarkan garispanduan pengurusan KIK UiTM. Tahniah diucapkan. 

Alhamdulilah KeyLite tersenarai sebagai Finalis Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2015 , jom ke Langkawi ke kita.



Cabutan giliran pembentangan akan dibuat pada 3 November jam 3.00 petang di Adya Hotel Langkawi. (Tempat akan dimaklumkan oleh pihak penganjur). Untuk makluman, persembahan pertama akan diberikan kepada kumpulan BFIT dari UiTM Kedah untuk memberi laluan kepada peserta yang juga merupakan urusetia penganjur.

Format persembahan adalah seperti berikut:
3 minit (persediaan & montaj) ; 15 minit (persembahan) & 2 minit (sesi soal jawab untuk fasilitator)


Tentatif Program:


PERSEDIAAN URUSETIA      :           2 NOVEMBER  2015 (ISNIN)
02.30 Petang                          :           Pendaftaran Masuk (check in)
04. 00 – 06.00 Petang            :           Persiapan

HARI   PERTAMA                   :           3 NOVEMBER 2015 (SELASA)
02.30 Petang                          :           Peserta/Pemerhati Check-In
03.00 Petang                          :           Taklimat Konvensyen 1/Undian
                                                            (Penyelaras/ketua/Fasilitator/Peserta KIK)
                                                            Ujian Persiapan Teknikal
     Taklimat Konvensyen 2
                                                            (Penyelarasn/ketua/Fasilitator/Peserta KIK)

06.00 Petang                           :          Minum Petang

8.00 Malam                             :           Makan Malam 
                                               
08.15 Malam                           :           Pendaftaran Peserta & Pemerhati
08.30 Malam                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 1
09.00 Malam                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 2
09.30 Malam                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 3
10.00 Malam                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 4
10.30 Malam                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 5
11.00 Malam                           :           Minum Malam 

HARI   KEDUA                        :           4 NOVEMBER 2015 (RABU)
07.00 – 08.00 Pagi                  :           Sarapan Pagi
08.00 – 08.15 Pagi                  :           Pendaftaran Peserta
08.15 Pagi                               :           Pembentangan Projek Kumpulan 6
08.45 Pagi                               :           Pembentangan Projek Kumpulan 7
09.15 Pagi                               :           Pembentangan Projek Kumpulan 8
09.45 Pagi                               :           Pembentangan Projek Kumpulan 9
9.45 – 10.00 Pagi                    :           Rehat (Minum Pagi)
10.00 Pagi                               :           Pembentangan Projek Kumpulan 10
10.30 Pagi                               :           Pembentangan Projek Kumpulan 11
11.00 Tengahari                      :           Pembentangan Projek Kumpulan 12
11.30 Tengahari                      :           Pembentangan Projek Kumpulan 13
12.00 Tgh – 2.00Petang         :           Makan Tengahari/Solat
02.15 Petang                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 14
02.45 Petang                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 15
03.15 Petang                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 16
03. 45 Petang                          :           Pembentangan Projek Kumpulan 17
03.45 – 04.00 Petang              :           Rehat
04.00 Petang                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 18
04.30 Petang                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 19
05.00 Petang                           :           Pembentangan Projek Kumpulan 20
05.30 Petang                           :           Minum Petang

08.30 Malam                           :           Majlis Anugerah Konvensyen KIK
                                                            (Pakaian : Batik/Kemas & Sopan/Imej Kumpulan)
09.30 Malam                           :           Sesi Perkongsian dengan Panel Penilai


HARI KETIGA                          :           5 NOVEMBER 2015 (KHAMIS)
07.00 – 08.30 Pagi                  :           Sarapan Pagi
12.00 tengahari                       :           Peserta/Pemerhati Check-out

Friday, 6 December 2013

Anugerah Persembahan Terbaik (KIK) Peringkat UiTM 2013.


Konvensyen KIK UiTM telah menjadi acara tahunan bagi Universiti Teknologi MARA. Pada 2 hingga 5 Disember lepas UiTM Perak telah menjadi tuan rumah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM untuk kali ke 18 http://perak.uitm.edu.my/kikuitm18/

Sebanyak 23 kumpulan yang terdiri dari yang mewakili Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Di dalam konvensyen tersebut, satu-satunya kumpulan yang mewakili Perpustakaan Tun Abdul Razak (Kampus Induk) telah turut sama tersenarai untuk mewakili Shah Alam iaitu Kumpulan KeyLite. Setelah undian lakukan, Kumpulan KeyLite telah ditetapkan untuk menjadi pembentang yang ke 18.


Lokasi Pembentangan adalah di Dewan Al-Khawarizmi, Kampus UiTM Seri Iskandar, Perak. Kumpulan KeyLite telah membentangkan tajuk mereka iaitu ‘Penukaran Lampu di PTAR Berisiko Tinggi’. Sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut kumpulan telah berjaya merekacipta 3 alat iaitu Penukar Lampu Downlight, Penukar Lampu Kalimantang dan juga Penukar Starter Lampu. Ketiga-tiga alat ini dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin menukar lampu tanpa perlu menaiki atau memanjat tangga walaupun pada ketinggian 20 kaki.

Malam kemuncak Konvensyen KIK telah diadakan di Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak pada 4 Disember 2013 pada jam 8.00 malam. Dimalam tersebut keputusan telah diumumkan iaitu sebanyak 17 kumpulan mendapat Anugerah Emas manakala 6 lagi mendapat Anugerah Perak termasuk Kumpulan KeyLite.

Namun demikian, walaupun Kumpulan KeyLite telah diumumkan mendapat Anugerah Perak, satu berita baik telah diterima. Kumpulan KeyLite juga telah menerima Anugerah Persembahan Terbaik untuk Konvensyen KIK UiTM kali ke 18.

Kumpulan KeyLite ini dianggotai oleh Tuan Haji Azizi Jantan (Fasilitator), Encik Ahmad Nazri Jaafar, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Encik Abdul Hamid Mohd Salleh, Tuan Haji Rosli Mohamad dan Encik Umar Mohamad Zin. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Berikut foto sekitar 
Konvensyen tersebut