Thursday 29 September 2016

KeyLite Menerima Anugerah Fasiltator Terbaik - Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 Zon Tengah



Alhamdulilah kali ini Fasilitator KeyLite di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 Zon Tengah  

Terima kasih juga atas segala kerjasama dan daya usaha terutama tok Ketua Kumpulan KeyLite En Ahmad Nazri dab semua ahli serta sifu/tok guru2 dan para juri KIK kami yang secara tak langsung menjadikan saya Fasilitator Terbaik bagi Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016 Zon Tengah kali ini. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan kita  semua KeyLite
 

Konvensyen KIK peringkat Zon Tengah 2016 telah diadakan pada 28 September 2016 (Rabu) yang lalu. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam. 

Sebanyak 8 kumpulan IK daripada seluruh UiTM Selangor (termasuk satu kumpulan daripada ILD, Perak) telah berentap pada konvensyen ini.

Foto dan Keputusan penuh boleh lihat di http://ahmadfaizar.blogspot.my/2016/09/keputusan-konvensyen-kik-peringkat-uitm.html


sumber KIK UiTM http://kikuitm.blogspot.my/2016/09/keputusan-konvensyen-kik-uitm-zon.html

Sunday 14 August 2016

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH SELATAN 2016 DI JOHOR BAHRU


Alhamduliah setelah Kumpulan Kreatif dan Inovatif  (KIK) KeyLite setelah berjaya menerima Anugerah Emas , pada 5 April 2016 yang lalu bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka  maka kami dan beberapa kumpulan inovatif kreatif  Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM, termasuk KIK One Pro, KIK Shine akan bertolak esok ke Johor Baharu pula  untuk  mencuba nasib di Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2016  pada  15-16 Ogos 2016 bertempat di KSL Resort Johor Bahru, 

Aturcara Program seperti  berikut:







Sehubungan dengan itu kepada semua ahli kumpulan KIK yang terpilih iaitu KIK KEYLITE, ONE PRO dan SHINE diharap dapat memberi perhatian dan persembahan yang terbaik #kipidap #dongibap

http://keyliteuitm.blogspot.my/



Berikut Jadual Aturcara Persembahan mengikut Kumpulan dan Stream:






Wednesday 6 April 2016

ANUGERAH EMAS BAGI KIK KEYLITE DI MINI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE PERINGKAT WILAYAH SELATAN 2016 - MELAKA


Alhamdulilah Mini Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2016 yang telah pun berlangsung pada 5 April 2016 bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka dimana Kumpulan Kreatif dan Inovatif  (KIK) KeyLite  telah berjaya menerima Anugerah Emas. 

Kami  rasa bersyukur namun banyak juga penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi persembahan jika mereka ingin terus maju ke Kovensyen seterusnya. Semoga ahli2 KeyLite terus bersemangat hendaknya walaupun ada yang dah hendak pencen ..   

Foto sekitar Mini Konvensyen